Monday, December 17, 2012

Ciri Khusus tarbiyah ke 3: Berperingkat/ tadarruj

Ciri Khusus tarbiyah ke 3: Berperingkat/ tadarruj

Berperingkat adalah sunnahtullah

"sesungguhnya orang yang tergesa-gesa tiada bumi yang berjaya ia rentasi dan tiada tunggangan yang akan ia kekalkan"

Ciri Khusus Tarbiyyah ke 2: Syumul, Takamul dan Tawazun

Ciri Khusus Tarbiyyah ke 2: Syumul, Takamul dan Tawazun

Syumul = menyeluruh
Takamul = sempurna
Tawazun = seimbang

Tarbiyyah yang menyeluruh, sempurna dan seimbang ini wujud dari kesempurnaan manhaj Islam dalam melengkapkan manusia muslim dengan seluruh sisi yang perlu untuk kebaikan kehidupannya. Ia juga terbit dari keimanan kita dengan menyeluruhnya manhaj Islam ini. Kesimbangan pengetahuan dan gambaran akal, ruh dan perasaan hati, kerja dan tingkah laku pergerakan.

kredit


Ciri Khusus Tarbiyah 1: Rabbaniah

Tugas mentarbiyyah adalah terfokus kepada kerja membangkitkan iman. Kerja ini sangat istimewa kerana ia bersumber al Quran dan as Sunnah yang bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan. Ia adalah kerja yang berterusan yang taiada akhirnya. Tugas ini berfungsi dengan cara penyerapan berterusan terhadap pengajaran-pengajaran keimanan yang memberi kesan kepada perasaan dan tingkah laku.


Rukun-rukun Tarbiyah Rabbaniyyah ialah:

1. Hati yang hidup dan berhubung terus dengan Allah swt
2.Hati yang yakin akan pertemuanNya dan hisabNya
3.Hati yang mengharap rahmatNya
4. Hati yang takut terhadap balasanNya
kredit

Ciri-ciri khusus Tarbiyyah

Ciri-ciri Khusus Tarbiyyah 

1. Rabbaniah
2.Syumul, takamul dan tawazun
3.Berperingkat/Tadarruj
4.Tajmi'iyyah dan tanzimiah
5.Pergerakan/harakiyyah
6.Berterusan/mustamirrah




Pengertian Tarbiyyah

Pengertian Tarbiyah

Dari segi bahasa

Asas pertama: bermaksud pertumbuhan iaitu tempat tumbuh, membesar, penjagaan dan pemeliharaan

Asas kedua: bermaksud perkembangan dan bertambah

Asas ketiga: bermaksud mendidik(iaitu memperbaiki sesuatu dan meluruskannya)

Menurut Istilah:

Menurut al Imam al Baidhawi pernah menyebut dalam kitab tafsirnya terhadap maksud firman Allah swt (Rabbil 'alamin). Rabb adalah sumber kepada tarbiyah iaitu menyamaikan)mengembangkan) sisi keperibadian kepada kesempurnaannya sedikit demi sedikit dan keadaan demi keadaan."

Memberi tujuan objek dalam sebahagian atau setiap sisi keperibadian kemanusian dengan cara memberikan pendedahan pengalaman yang pelbagai dengan makna tertentu mengikut manhaj

Tarbiyyah = perkembangan

Wednesday, November 28, 2012

Benda Empat Segi Empat

Sana sini orang mengadap benda empat segi tepat itu. Benda itu empat segi tepat yang berbeza saiz dan warna. Ada yang diketik, di sentuh dan ditekan-tekan. Ia dunia yang besar dalam ruang yang kecil. Dunia sekarang ini adalah ia..ia dalah dunia. Andai sehari tanpanya...sang manusia akan mengelabah tidak keruan. Hidup jadi sempit dan sukar. Yahhh ...benda empat segi itu.

Semua terpana pada benda empat segi itu. Wajah tak terangkatkan dek kerananya. Apakah benda itu??
ipad, iphone, laptop, handphone...android lah dan mcam-macam lagi. Ntahlah..semua  macam tersihir lagaknya. Owhh..padang bola pun benda empat segi, TV pun jugak. Hooo...hooo

Monday, October 10, 2011

SE...Ja.....RaH

Sejarah....
Sesuatu yang telah berlaku atas ketentuanNya...
Dipelajari, difahami, diselidiki
supaya hari mendatang dapat didepani dengan keyakinan

Ada yang berkata
"hidup ini ibarat roda"...
"jangan pandang belakang"
"semalam adalah kenangan esok adalah harapan"

Apa pun kita adalah sebahagian watak dalam sejarah itu